-->

Tips Trik Seputar Internet dan Bisnis

NIAT, SYARAT DAN TATA CARA SHOLAT JAMAK DAN SHALAT QASAR



NIAT-SYARAT-DAN-TATA-CARA-SHALAT-JAMAK-DAN-SHALAT-QASAR
NIAT, SYARAT DAN TATA CARA SHOLAT JAMAK DAN SHALAT QASAR  NIAT-SYARAT-DAN-TATA-CARA-SHALAT-JAMAK-DAN-SHALAT-QASAR

Niat, Syarat Dan Tata Cara Sholat Jamak Dan Shalat Qasar  - Salah satu rukhsah / keringanan yang Allah SWT berikan kepada umat muslim adalah adanya kemudahan dalam mengerjakan sholat dengan mengqashar (meringkas) shalat yang terdiri dari empat rakaat menjadi dua rakaat serta menjamak shalat dalam dua waktu dikerjakan dalam satu waktu.seperti shalat dhuhur digabungkan dengan ashar , sholat maghrib digabungkan dengan shalat isya.

Firman Allah SWT :

وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Artinya : “Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.” (QS. Al Baqoroh : 185)

 ۚهُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ 

Artinya : “Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.” (QS. Al Hajj : 78)

1. Shalat Jama'

Menurut bahasa shalat jama' artinya shalat yang dikumpulkan. Sedangkan menurut syariat Islam ialah dua shalat fardhu yang dikerjakan dalam satu waktu karena ada sebab-sebab tertentu

a. Shalat yang Boleh Dijama'

Shalat yang boleh dijama' adalah shalat zhuhur dengan shalat ashar, dan shalat maghrib dengan shalat isya.

b. Shalat jama' ada dua macam, yakni

1. Jama' Taqdim yaitu shalat zhuhur dan shalat ashar dikerjakan pada waktu zhuhur, atau shalat maghrib dengan shalat isya dikerjakan pada waktu maghrib.

2. Jama' Ta'khir yaitu shalat zhuhur dan shalat ashar dikerjakan pada waktu ashar atau shalat maghrib dan isya dikerjakan pada waktu isya.

Hukum melaksanakan shalat jama' adalah mubah (boleh) bagi orang yang dalam perjalanan dan mencukupi syarat-syaratnya. Dalam sebuah hadits dinyatakan :

Dari Muadz bin Jabal : "Bahwa Rasulullah SAW pada saat perang Tabuk, apabila beliau berangkat sebelum tergelincir matahari beliau mengakhirkan shalat zhuhur sehingga beliau kumpulkan dengan ashar (beliau sholat zhuhur dan azhar pada waktu ashar). Jika beliau berangkat sesudah tergelincir matahari beliau melaksanakan sholat zhuhur dan ashar sekaligus kemudian beliau berjalan. Jika beliau berangkat sebelum maghrib beliau mengakhirkan sholat maghrib sehingga beliau mengerjakan sholat maghrib dan isya, dan jika beliau berangkat sesudah waktu maghrib beliau mengerjakan sholat isya dan beliau sholat isya beserta maghrib." (HR. Ahmad, Abu Dawud dan At-Turmudzi

2. Shalat qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Sholat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah sholat Dhuhur , ashar dan isya.

Shalat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu atau 90 kilometer)

Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.

Sabda Rasullah SAW ;

إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد

“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

Rukhsah Sholat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Sholat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahwa agama Islam yamg mengambil kira kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Sholat Qasar dan Sholat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir


Hikmah sholat Jamak dan Qasar

Hikmah solat Jamak dan Qasar adalah untuk mempermudahkan atau memberikan keringanan kepada orang yang musafir lebih dari 2 marhalah. Orang musafir sering mengalami masalah dalam perjalanannya, sukar untuk berhenti solat dan sebagainya, maka dari itulah Allah memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk jamak dan qasar solat fardhunya. Tiada alasan lagi bagi orang yang musafir untuk meninggalkan solat fardhu.

Syarat Jamak Taqdim

Sholat pada waktunya yang awal seperti sholat zhuhur dan maghrib.

Niat jamak pada waktu solat yang pertama.

Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari sholat.

Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.

Berkekalan musafirnya sehingga sholat yang kedua.

Syarat Jamak Takhir

Berniat untuk mentakhirkan sholat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.

Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua sholat.

Syarat Qasar

Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.

Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.

Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.

Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.

Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).

Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.

Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.

Niat Solat Jamak dan Qasar


i) Jamak Taqdim dan Qasar


Zuhur-Asar


أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى


“Sengaja aku sholat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar kerana Allah Taala”.


أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى


“Sengaja aku sholat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur  kerana Allah Taala”.


Maghrib-Isya


أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى


“Sengaja aku sholat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isya  kerana Allah Taala”.


أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى


“Sengaja aku sholat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.


ii) Jamak Takhir dan Qasar


Asar-Zhuhur


أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى


“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur  kerana Allah Taala”.


أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى


“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar  kerana Allah Taala”.


Isya-Maghrib


أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib kerana Allah Taala”.

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku sholat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isya kerana Allah Taala”.

Cara Mengerjakan Sholat Jamak dan Qasar

Cara mengerjakan sholat jamak dan qasar:

1.Sholat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.

2.Berdiri lurus mengadap kiblat.

3.Berniat hendak mengerjakan sholat zhuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir sholat jamak dan qasar pada waktu terakhir.

4.Setelah itu kerjakan sholat zhuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.

5.Kemudian berdiri semula untuk mendirikan sholat yang kedua iaitu asar.

6.Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.

7.Kerjakanlah sholat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.

8.Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isya, maka hendaklah niatkan sholat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.

Demikian Niat, Syarat Dan Tata Cara Sholat Jamak Dan Shalat Qasar

Baca Juga Artikel Menarik Lainnya

Keajaiban ( hikmah ) sholat tahajud dan keutamaan shalat malam qiyamullail

Rahasia shalat 5 ( lima ) waktu dan keutamaan manfaat sholat fardhu

Manfaat pahala shalat berjamaah dan Hikmah keutamaan shalat berjamaah di mesjid

Keutamaan bulan rajab dan keistimewaan puasa ( Shaum ) rajab

Keutamaan bulan syaban dan keistimewaan puasa bulan syaban

Hikmah keutamaan bulan Ramadhan dan keistimewaan manfaat puasa ramadhan

Keutamaan adzan iqomah dan keistimewaan manfaat pahala muadzin orang yang adzan

Rahasia keajaiban dan keutamaan manfaat shalat subuh berjamaah

Keutamaan fadhilah dan manfaat khasiat membaca doa ayat kursi

Keistimewaan Keutamaan Al-Fatihah dan Khasiat membaca Surat Al-Fatihah

Keutamaan manfaat dan fadhilah membaca doa dzikir Al Ma'Tsurat

Hikmah keajaiban keutamaan sholat dhuha dan manfaat keistimewaan shalat dhuha

Hikmah Keutamaan Manfaat Melakukan Shalat Sunnah Rawatib 

Manfaat Keutamaan Shalat Jumat dan Keistimewaan Hari Jumat

Manfaat Istighfar dan Keutamaan Memperbanyak Membaca Istighfar

Manfaat Keutamaan Membaca Sholawat Nabi dan Macam-macam Sholawat Nabi

Keutamaan Meluruskan Shaf dan Hukum Meluruskan Shaf ketika shalat berjamaah

Hikmah Keutamaan manfaat dzikir bacaan kalimah LAA ILAAHA ILLALLAAH

Keutamaan Manfaat Ciri Sifat Tawadhu dan Bahaya Sifat Sombong

Manfaat Keutamaan Berwudhu, Tata Cara Berwudhu dan Doa-Doa Wudhu sesuai Tuntunan Nabi

Keutamaan Macam-Macam Tawasul dan Hukum Tawassul yang diperbolehkan sesuai Dalil Hadits

Keutamaan Puasa Dzulhijjah dan Amalan-Amalan Utama 10 hari pertama di Bulan Dzulhijjah

5 cara melatih kesabaran keikhlasan dan 11 keutamaan manfaat sabar ikhlas menurut islam

Hikmah dan Keutamaan Memperingati Maulid Nabi Muhammad SAW

Hikmah mukjizat kisah sejarah peristiwa Isra’ Mi’raj Nabi Muhammad Saw


Related : NIAT, SYARAT DAN TATA CARA SHOLAT JAMAK DAN SHALAT QASAR

clear'/>