-->

Tips Trik Seputar Internet dan Bisnis

KEISTIMEWAAN KEUTAMAAN AL-FATIHAH DAN KHASIAT MEMBACA SURAT AL-FATIHAH



Keistimewaan-Keutamaan-Al-Fatihah-dan-Khasiat-Membaca-Surat-Al-Fatihah
KEISTIMEWAAN KEUTAMAAN AL-FATIHAH DAN KHASIAT MEMBACA SURAT AL-FATIHAH Keistimewaan-Keutamaan-Al-Fatihah-dan-Khasiat-Membaca-Surat-Al-Fatihah

Keutamaan Khasiat Membaca Al-Fatihah - Surat Al-Fatihah adalah Surah pembuka dalam al-Qur’an. Surah  Al-Fatihah merupakan surat yang paling sering kita gunakan dalam sehari-hari, terutama dalam shalat. Sehingga Surah  Al-Fatihah diberi nama Al-Sab’u al-matsani ( tujuh ayat yang diucapkan berulang-ulang ) maksudnya bahwa surat al-fatihah yang tujuh ayat itu diucapkan berulang-ulang  oleh kaum muslimim dalam sehari semalam minimal sebanyak 17 kali bacaan sesuai dengan jumlah rakaat shalat fardlu 5 Waktu

Dan Ketika berdoa pun diakhiri dengan membaca Surat Al-Fatihah. Surat Al-Fatihah  adalah Pembuka Al-Kitab yang diturunkan dari Perbendaharaan di bawah Arays dan ia merupakan ‘doa’ yang paling mustajab.

Surat Al-Fatihah berjumlah tujuh ayat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika masih bermukim di Makkah.

Nama lain surat al-fatihah, diantaranya Ummul Qur’an atau Ummul Kitab (induk dari Kitab Suci) dikarenakan segala permasalahan dan isi yang terkandung dalam al-Qur’an menurut para ahli tafsir terangkum dalam surat al-fatihah tersebut.


Dalam Isi Makna dari Surat al-Fatihah menjelaskan tentang ke-ESA-an Allah dalam mencipta, menumbuhkan, mendidik, dan memberi rizki atas segala makhluk-Nya dan tempat memohon segala hal. Maka dan harus meyakini bahwa hanya Allah-lah Tuhan semesta alam dan segala puja dan puji hanyalah milik-Nya.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seutama-utama Al-Quran adalah ‘Alhamdulillahi Rabbil Alamin.’ (Hadis riwayat Hakim dan Baihaqi)

Rasulullah SAW juga  bersabda: “Surah Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkan dalam bacaannya.” Dan “Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”

Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi di dalam kitab ‘Qaddasallaahusirrahu’:

“Sesiapa yang mempunyai maksud, sebaiknya ia membaca surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali selepas solat Ba’diyah Maghrib, kemudian sampaikanlah permohonan hajatnya itu kepada Allah SWT.”

Keistimewaan Keutamaan Al-Fatihah dan Khasiat membaca Surat Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah adalah ibu segala doa dan penawar seluruh permasalahan. Di antara fadhilat dan khasiat lain Al-Fatihah ialah:

1.     Memperoleh Hikmah

Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari Pikiran kotor


2.     Hajat Tertunai

a.  Sesiapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah SWT, maka bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali di antara Solat Sunat Subuh dan Solat Fardhu Subuh selama 40 hari (tidak lebih) kemudian memohon kepada Allah SWT, maka Insya Allah akan dipenuhi keperluan hidupnya.

b.  Sesiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara Solat Sunat Subuh dan Fardhu Subuh dengan Istiqamah, maka jika ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia ada hutang maka akan mampu membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.

3.     Dicukupi Kebutuhan 

a.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap selesai sholat fardhu lima waktu, maka Allah SWT luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan kesusahannya, anugerahkan apa yang diimpikan, dapat berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, penghidupan baik dan anak-anaknya pula terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.

b.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai solat Subuh maka ia akan perolehi hajatnya dan menemui apa yang dicarinya. Sebaiknya ia diiringi dengan doa berikut:

“Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku………..”


4.     Mudahkan Rezeki

a.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah di waktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali, maka Allah SWT bukakan pintu rezeki dan dimudahkan urusan tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah sebaiknya berdoa:

“Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Dikau bukakan bagiku pintu-pintu Rahmat-Mu, Kurnia-Mu dan Rezeki-Mu. Dan Dikau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku dari Rezeki-Mu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah; Sesungguhnya Dikau  berkuasa atas setiap sesuatu. Daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, kabulkanlah apa yang kuhajati…..”

b.  Membaca surah Al-Fatihah 7 kali, surah Al-Ikhlas 7 kali, surah Al-Falaq 7 kali dansurah An-Nas 7 kali selepas Solat Jumaat (sebelum mengubah kedudukan selepas memberi salam). Insya Allah diampunkan dosa-dosanya, terpelihara dan selamat sehingga hari Jumaat akan datang serta dilimpahi rezeki yang tidak terhingga.

5.     Keselamatan

Sesiapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ 1 kali di waktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan ‘Mu’awwidzatain’ (Surah Al-Falaq dan surah An-Nas) 1 kali, sebelum tidur. Insya Allah maka ia akan terpelihara dan selamat daripada segala perkara dan ancaman seperti mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka, selain daripada ajal.

Al-Fatihah Sebagai Penyembuh

Surah Al-Fatihah juga berkhasiat sebagai penyembuh segala penyakit rohani dan jasmani.

Rasullullah SAW bersabda: “Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala racun”


1.  Mengobati Segala Penyakit

a.  Baca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali pada sebaldi air, kemudian air itu disapukan merata pada kedua belah tangan, kedua kaki, muka, kepala dan seluruh badan, lalu sebahagiannya diminum. Lakukanlah dengan kerap. Insya Allah penyakit yang dialami akan sembuh.

b.  Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf Arab terpisah lalu dilarutkan dengan air suci dan diberi minum kepada pesakit, maka dengan iradah Allah SWT. ia akan sembuh.

2.  Penawar Bisa & Racun

Ambil segelas air yang dicampur dengan sedikit garam lalu dibacakan surah Al-Fatihah  sebanyak 7 kali pada air itu. Kemudian berilah orang yang disengat binatang berbisa (lipan, kala gengking, tebuan) itu minum dan usapkan sedikit di bahagian sengatan. Insya Allah akan tawar racun di dalam badan dan segera sembuh.

3.  Menghilangkan Sifat Lupa

Tulislah surah Al-Fatihah  dengan huruf Arab pada bekas seperti piring putih yang bersih lagi suci dan dilarutkan dengan air zam-zam / mineral lalu diberi minum pada orang yang pelupa. Insya Allah akan hilang sifat pelupanya.

4.  Mengobati Sakit Gigi

a.  Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Bagi diri sendiri. Letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:

“Ya Allah! Hilangkan keburukan dan kekejian yang ada padaku dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”.


b.  Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah, maka berdoalah 7 kali:

“Ya Allah! Hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang daku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”.

5.  Penyembuh Penyakit Mata

a.  Baca surah ini 41 kali selepas solat Subuh kepada orang yang berpenyakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air liur. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.

b.  Sabda Nabi Muhammad SAW; “Sesiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:

Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya ke mata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
Sesudah itu bacakan doa berikut sebanyak 7 kali :
“Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan Rahmat-Mu, ya Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.”

Lalu mengucapkan “Yaa Rabbi” sebanyak 5 kali.
Terakhir bacakan juga doa di bawah sebanyak 1 kali:
“Ya Allah! Sembuhkanlah, Dikaulah yang menyembuhkan, Ya Allah! Sihatkanlah, Dikaulah yang menyihatkan”.

Demikian Keistimewaan Keutamaan Al-Fatihah dan Khasiat membaca Surat Al-Fatihah

Baca Juga Artikel Menarik Lainnya

Keajaiban ( hikmah ) sholat tahajud dan keutamaan shalat malam qiyamullail

Rahasia shalat 5 ( lima ) waktu dan keutamaan manfaat sholat fardhu

Manfaat pahala shalat berjamaah dan Hikmah keutamaan shalat berjamaah di mesjid

Keutamaan bulan rajab dan keistimewaan puasa ( Shaum ) rajab

Keutamaan bulan syaban dan keistimewaan puasa bulan syaban

Hikmah keutamaan bulan Ramadhan dan keistimewaan manfaat puasa ramadhan

Keutamaan adzan iqomah dan keistimewaan manfaat pahala muadzin orang yang adzan

Rahasia keajaiban dan keutamaan manfaat shalat subuh berjamaah

Keutamaan fadhilah dan manfaat khasiat membaca doa ayat kursi

Keistimewaan Keutamaan Al-Fatihah dan Khasiat membaca Surat Al-Fatihah

Keutamaan manfaat dan fadhilah membaca doa dzikir Al Ma'Tsurat

Hikmah keajaiban keutamaan sholat dhuha dan manfaat keistimewaan shalat dhuha

Hikmah Keutamaan Manfaat Melakukan Shalat Sunnah Rawatib 

Manfaat Keutamaan Shalat Jumat dan Keistimewaan Hari Jumat

Manfaat Istighfar dan Keutamaan Memperbanyak Membaca Istighfar

Manfaat Keutamaan Membaca Sholawat Nabi dan Macam-macam Sholawat Nabi

Keutamaan Meluruskan Shaf dan Hukum Meluruskan Shaf ketika shalat berjamaah

Hikmah Keutamaan manfaat dzikir bacaan kalimah LAA ILAAHA ILLALLAAH

Keutamaan Manfaat Ciri Sifat Tawadhu dan Bahaya Sifat Sombong

Manfaat Keutamaan Berwudhu, Tata Cara Berwudhu dan Doa-Doa Wudhu sesuai Tuntunan Nabi

Keutamaan Macam-Macam Tawasul dan Hukum Tawassul yang diperbolehkan sesuai Dalil Hadits

Keutamaan Puasa Dzulhijjah dan Amalan-Amalan Utama 10 hari pertama di Bulan Dzulhijjah

5 cara melatih kesabaran keikhlasan dan 11 keutamaan manfaat sabar ikhlas menurut islam

Hikmah dan Keutamaan Memperingati Maulid Nabi Muhammad SAW

Hikmah mukjizat kisah sejarah peristiwa Isra’ Mi’raj Nabi Muhammad Saw


Related : KEISTIMEWAAN KEUTAMAAN AL-FATIHAH DAN KHASIAT MEMBACA SURAT AL-FATIHAH

clear'/>